Tiga sekeluarga hilang selepas rumah didiami mereka di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah, dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir pada petang Isnin.<br /><br />Menurut Abd Rahman Said, isterinya yang terlantar akibat strok, menantunya yang sedang hamil empat bulan serta anak tirinya, dihanyutkan kepala air dan masih belum dijumpai sehingga kini.
